fbpx

KOVRA FOOTBALL LEAGUE

Jan - March 2021

in Penang Island

Winning Prizes

3rd Prize

RM 1000 + Cup
  •  

1st Prize

RM 3000 + Cup
  •  

2nd Prize

RM 2000 + Cup
  •  

THE ULTIMATE TEAM MANAGEMENT TOOL! EVERYTHING YOU NEED TO RUN YOUR TEAM SMOOTHLY, NO EXCUSES NOW.

Common Question for League

(Q&A in Bahasa Melayu)

Liga akan bermula pada 25 Januari 2021 dan akan berakhir pada April 2021.

Jumlah pasukan yang bertanding adalah 12 buah 12 pasukan ini akan bermain secara liga 1 pusingan.

Perlawanan akan dijalankan pada hari weekday (Isnin hingga Rabu).

Setiap pasukan akan bermain seminggu sekali dengan jumlah 11

Kedudukan pasukan dalam carta liga akan ditentukan mengikut faktor-faktor menurut turutan atas ke bawah:

  • Jumlah mata
  • Head to head
  • Perbezaan gol
  • Jaringan gol
  • Perlawanan penentuan

Yuran liga adalah sebanyak RM800, manakala deposit sekuriti adalah sebanyak RM200. Jumlah yuran yang perlu dijelaskan ialah sebanyak

Deposit sekuriti akan dipulangkan selepas tamat liga jika pasukan menghadiri semua perlawanan yang telah ditetapkan pihak

Yuran penyertaan hendaklah dibuat secara online –> disini. Sila tunjukkan resit pembayaran ke 012-2638814 (AJIB) untuk mengesahkan penyertaan pasukan

Deadline bagi bayaran penyertaan liga adalah sebelum atau selewatnya 16 Januari 2021. Pihak penganjur akan menutup penyertaan sekiranya cukup 12 buah pasukan mendaftar. Pasukan yang membuat bayaran yuran selepas penyertaan ditutup, pihak kami akan memulangkan semula yuran tersebut. Slot adalah first come first serve.

Pasukan perlu mendaftar tidak lebih daripada tiga puluh (30) pemain. Pendaftaran pemain perlu dilakukan secara online di kopaarena.com selewat-lewatnya sebelum 20 Januari 2021. Had minima pendaftaran pemain adalah dua puluh dua (22) orang pada tarikh akhir pendaftaran.

Transfer window akan dibuka selepas tamat matchweek 5. Pasukan boleh membuat 5 pertukaran pada pemain yang telah mereka daftarkan sebelum itu. Transfer window akan ditutup sebelum matchweek  6

Pemain yang MEMPUNYAI KONTRAK ATAUPUN yang PERNAH BERDAFTAR ataupun yang PERNAH BERAKSI untuk mana mana pasukan Liga M3/ Liga Perdana / Liga Super Malaysia untuk sepanjang tahun 2020 tidak dibenarkan

Pemain Foreigner tidak dibenarkan beraksi

Setiap individu hanya dibenarkan berdaftar dan beraksi dengan 1 pasukan sahaja. “Duplicate Player” tidak

Untuk pasukan yang masih mempunyai baki quota 30 pemain dan ingin menambah pemain baru, pendaftaran hanya sah jika pemain tersebut di daftarkan ke dalam sistem pendaftaran selewat-lewatnya 24 jam sebelum sepak mula perlawanan yang pemain tersebut ingin

Pasukan yang melanggar mana-mana peraturan 2.1, 2.2, 2.3, 2.4, 2.5 di atas, pihak lawan mereka akan menerima kemenangan percuma 3-0 (walkover). Penganjur berhak menjatuhkan hukuman tanpa perlu memberi ruang kepada pasukan yang didapati bersalah untuk mengemukakan surat rayuan

Liga ini akan menggunakan undang-undang serta peraturan berpandukan FIFA Laws of The Game yang dikeluarkan oleh badan antarabangsa FIFA terbitan terkini, melainkan perubahan yang dibuat oleh pihak penganjur yang terkandung dalam buku peraturan

Setiap perlawanan mengandungi 2 half dengan 1 half selama 40 minit.

Pertukaran pemain boleh dibuat pada bila-bila masa ketika perlawanan dan tiada had masuk/keluar untuk semua pemain. Walaubagaimanapun, pemain yang keluar tidak dibenarkan masuk semula ke padang pada separuh masa yang sama.

Semua perlawanan akan diadakan di KOPA Arena, Universiti Sains Malaysia, USM Kampus Minden, Pulau Pinang

Perlawanan akan dijalankan pada jam 8.00pm & 9.30pm. Perubahan slot bergantung kepada keadaan semasa dan budi bicara pihak

Bayaran sewa padang untuk setiap perlawanan adalah RM480 per team.

Straight red card akan digantung dua perlawanan. Kad kuning kedua diikuti kad merah dalam perlawanan sama akan digantung satu

RM30 perlu dibayar secara tunai untuk setiap kad merah yang dikutip pemain pasukan anda. Bayaran perlu dibuat selepas tamat perlawanan yang melibatkan insiden tersebut.

Pemain yang memukul pihak lawan ataupun pegawai perlawanan akan digantung terus dari kempen

Jika pergaduhan melibatkan majoriti pemain pasukan, pasukan tersebut akan terus disingkirkan dari liga dan semua perlawanan yang melibatkan pasukan tersebut sebelum itu akan terbatal.

Jika ada pasukan yang menarik diri sebelum matchweek 7, pasukan tersebut akan disingkirkan dari kedudukan liga dan semua perlawanan pasukan tersebut sebelum itu akan terbatal.

Jika ada pasukan yang menarik diri selepas matchweek 7, pasukan tersebut akan masih berada di kedudukan liga dan kesemua pihak lawan mereka selepas itu akan menerima kemenangan percuma

Pasukan yang sudah bersedia wajib untuk memasuki padang tepat pada waktu perlawanan seperti yang tertera didalam jadual. Mana – mana pasukan yang lewat 15 minit selepas waktu perlawanan akan menyebabkan kemenangan 3 – 0 kepada pihak lawan. Pemain perlu berada di dalam padang mengikut masa yg ditetapkan untuk mengaktifkan peraturan

Pasukan yang menyebabkan pengurangan masa permainan kerana kelewatan perlu membayar enam puluh peratus (60%) dari kos perlawanan yang perlu dibayar oleh kedua – dua pasukan. Jika kedua – dua pasukan menyebabkan pengurangan masa permainan, kos perlawanan akan dibahagikan sama

Pasukan perlu mempunyai sekurang – kurangnya tujuh (7) pemain untuk memulakan perlawanan dan jumlah ini mesti meningkat ke sepuluh (10) pemain pada awal sepakmula separuh masa Sekiranya pasukan gagal mematuhi peraturan ini, pihak lawan akan diberi kemenangan 3 – 0.

Setiap pemain WAJIB untuk memakai jersi seragam dan bernombor. Shin – pad, stokin panjang dan seluar pendek adalah wajib dan mana-mana pemain yang tidak bershin – pad tidak akan dibenarkan bermain.

Sekiranya terdapat pemain, pemain simpanan, pegawai pasukan atau wakil pasukan bertindak agresif dengan mengancam mana – mana individu lain dalam kawasan premis KOPA ARENA yang terlibat secara langsung dengan liga, JP akan menggantung individu tersebut untuk sebahagian, ataupun sepenuh

Pasukan yang mempunyai para penyokong yang memasuki kawasan padang dengan tujuan untuk meraikan gol atau sebab lain yang tidak diterima pengadil akan dikenakan tindakan untuk berada di luar kawasan padang pada hari pertandingan. Sekiranya gagal, tindakan penggantungan penyokong pasukan akan ditentukan oleh pihak JP. Penyokong pasukan yang bertindak agresif dan ganas di dalam padang serta mengakibatkan perlawanan diberhentikan boleh menyebabkan kemenangan percuma kepada pihak lawan dengan skor 3 – 0.

Segala kecederaan fizikal, mental dan harta benda; atas sebab pergaduhan ataupun atas sebab- sebab yang lain adalah tangungjawab pasukan sepenuhnya. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi kepada mana-mana pihak

Sekiranya hujan lebat atau jerebu yang teruk, pihak pengadil akan membuat keputusan sama ada perlawanan akan diteruskan atau tidak. Perlawanan yang sudah mencapai 60 minit (2 half) masa perlawanan akan diberhentikan dan keputusan akan kekal dan diambil kira sebagai keputusan masa penuh

Sekiranya perlawanan tidak dapat diteruskan sebelum 60 minit masa perlawanan, perlawanan akan ditunda dan keputusan akan dikekalkan. Perlawanan tundaan akan ditanggung bersama kedua – dua pasukan dengan skor dari perlawanan yang ditunda. Sekiranya hujan lebat dan perlawanan terpaksa dihentikan (yang sudah mencapai 60 minit atau lebih), perlawanan boleh diteruskan dengan persetujuan kedua – dua pasukan dan pihak pengurusan

Pasukan tidak dibenarkan untuk menangguhkan perlawanan atas apa – apa sebab kecuali berlaku hal kematian ahli pasukan pada hari perlawanan. Hal-hal lain akan dipertimbangkan atas budi bicara pihak penganjur.

Pasukan yang ingin membuat aduan selepas tamat perlawanan perlu membayar RM300 sebagai yuran pentadbiran dan menghantar surat rasmi kepada JP beserta bukti dalam tempoh masa 24 jam selepas tamat perlawanan. Pasukan harus menjelaskan segala bayaran pentadbiran dan denda sebelum perlawanan seterusnya bermula. Pasukan akan diberikan resit rasmi selepas menjelaskan apa-apa bayaran. Pasukan diminta untuk menyimpan resit sebagai buktibayaran